Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

16.1.11

banyak cerita

wah2..sudah lama tidak meng'update' blog rupanya. So, sy akan buat update yang sgt ringkas memandangkan skrg tgh demam.

1. 30 days challenge sy nk surrender dah..malasnya nak buat. ok2..sy dah kalah. tQ.

2. 29/12/10 - 01/01/2011 sy telah pegi berjalan-jalan ke jakarta n bandung, Indonesia. tujuan utama bukan utk holiday tp buat collaboration bersama universiti2 di sana. Byk jugak tempat yg sempat melawat walaupun pegi kejap2 je. Antara tempat yg sempat pegi Gunung Tangkuban Parahu (giler best), Rumah Mode (kalau la bawak duit byk), Jalan Cihampelas (ok jugak), Mangga Dua (tmpt membeli belah yg paling besar kat jakarta) danPasar Baru (malangnya pegi masa new year, suma kedai tutup awal). Objektif kami disana terlaksana dgn jayanya n dapat extra berjalan2..kira ok la. sangat la excited first time gi oversea..kekeke.. mcm org dok dalam hutan yang baru kuar ke bandar je rasanya..apa2 pon itulah pengalaman. brg2 tersgt la murah..jd jutawan dok sana..nak beli barang pon ribu2..xde puluh2 dah. nak tgk gambar, cari2 la dalam fb..malas nk tulis pasal cite ni dah. haha. next project before gradute, philiphine, thailand, singapore ? sapa mau join?? ----->ni kira jalan2 pakai duit sndri la

3. Ok, next story pada 7-9/01/2011 sy berjalan2 pulak ke Langkawi. No! No! No!.. Bukan holiday, tp skali lagi projek yang dianjurkan oleh USM iaitu Malaysia Future Engineer. Kat sana kami ada bengkel penulisan resume, sedikit ceramah n interview oleh syarikat luar. syarikat yang join bukan calang2.. ada Intel, Siltera, Infineon (btl ke ak eja). dan yang sedihnya sume syarikat tu xberkaitan ngan civil eng pon..isk3. xpela, pengalaman di interview ttp ada. apa2 pon, objektif terlaksana, projek membeli coklat pon berjaya dgn cemerlangnya..mmg best la !!

4. lepas balik je dari langkawi, ari selasa (11/01/2011) sambut bufday zaimah my course mate. Happy bufday dear. Selasa tu dah start demam tp igtkan skit2 je..juz makan ubat batuk n panadol.. yg beznye plak..diorang beli ice-cream cake.. waahh..tergoda iman..apa2 pon makan skit. nak beli n makan lain kali lambat lagi la gamaknya. makan masih igt batuk..skit2 je(kononnya).. malamnya, aih..cari nahas la..demam yang sgt panas..xhenti2 batuk, sakit kepala, sakit segalanya. thanx utk kawan2 n rumet2ku yang banyak membantu. Then, apa yang terjadi esoknya???

5. Esoknya pulak, demam xok2..dah xtahan sgt, pegi pusat kesihatan USM nak mintak ubat. Dr check suhu 39 darjah. waa.. apakah yang berlaku seterusnya? kene la masuk emergency room.. kene cucuk kat b****t sekali, kene drip 2 botol n buat blood test, dr suspek denggi.. what??? denggi?? mcm xlogik je..sy sakit tekak..denggi ada sakit tekak ke?? xpela..suspek je kan. drip tu start pukul 9.30 pagi habis kul 3.30 ptg. apa la lama sgt. diorang drip slow2 ka. tp yang beznye..diorang cucuk2 masa nak bagi ubat tu, bubuh drip ngan amik darah..xsakit sgt..kire diorang buat berhati2, slow, mmg xtakut la walaupun baru first time kene cucuk2 nak masuk drip ni. sapa nk kene cucuk n xsakit pegi la pusat kesihatan USM kejuruteraan..hehe. Dah habis cite kat situ ptgnya pulak dalam kul 5.30ptg, mak n ayah ak datang amik nak bwk gi kl utk interview hari esoknya. esoknya??? dalam demam2 mcm tu? bagus2

6. Esoknya bangun seperti biasa, suara plak xde n still demam lagi.. aih..nasib2. ok.. interview kul 10 pagi kat peremba square, subang. punya la takut jem kat tol, pi la bertolak kul 8.45pagi.. tup2 sampai kat office tu kul 9.00 pagi. aish..nak kene tggu ke ni. xpe, masuk office dulu, sembang2 ngan technical manager kat situ, dia plak kata kene tunggu sorang HR dari Kapar, Klang. tunggu punya tunggu kul 10.30pagi dia mai.. xpa..xde la lama sgt pon tunggu..kire ok la tu. masa interview, dgn suare xde, baru lepas makan ubat plak tu ak pon dah jd cm xbetul2 ja. sembang2..dia ada la tanya soklan skit..yang ak hentam jwb soalan dia "how passionate you are in the design work??" haa?? mana la ak nak tau ak passionate ke x..skrg ni mmg la rasa suke, passionate tu..hmmm..ye kot.. ak pon tibai la jwab..sampaikan apa ak jwb pon ak xigt dah.. dia senyum ja..jwapan ak xkena la tu. pastu dia tanya plak "why your expected salary is RM****? How you get that number??" wah2..ak pon main letak je..byk sgt ke?? haha..ye kot..xpela..tu pon ak tibai jugak jwab..dia pon senyum lagi.. alamak, matila ak cmni.. last2 dia tanya pasal FYP..ak ckp la ak buat Earthquake design. maybe ni akan jadi strong point ak tok dpt keje..sbb diorang mmg skrang dah nak start ngan earthquake design. stkt ni hanya bos besar yang dari indonesia tu je yang tahu pasal earthquake design. so, dia nak cari la sorang yang ada basic n bleh2 la dia ajar. kesimpulan dalam interview tu..ak xpuas ati..kalo ak xdemam maybe ak bleh jawab better. so, lepas ni sapa2 nk pegi interview, pastikan bersedia fizikal jugak bukan mental saja.

7. Balik dari interview pada hari yang sama jugak demam ak kembali lagi. welcome baby! sgt la panas. mungkin sbb penat seharian gi interview dgn demam pon xok lagi. so, mak n ayah aku bawak la gi klinik kat area kota damansara. check suhu 39 darjah lagi. Wow. Ok, then buat blood test lagi sbb ak ckp dr sblm ni suspek ak denggi. tp dr ni ckp x la..demam biasa je ni. buat blood test ptg tu, malam dapat result, dr ckp demam biasa..bacaan platlet 160. kalo bwh 100 baru kena bawak gi hospital n disahkan demam denggi. malam tu mak ak berjaga malam, asyik tukar tuala basah atas kepala sbb demam xkebah. ditambah plak ngan sakit sengal2 kat pinggang. makcik kata demam viral kot..pulak dah.. thank mama n sume yang menjaga n datang melawat. sayang u all sume. muaaxxx2. malam tu dah start berpeluh2, n esoknya demam pon dah ok skit..sakit pinggang pon menghilang diri..tq2..bye2 demam.

8. pagi jumaat (14/01/2011) tu bangun je dari tido terus balik manjung. spttnya kene gi jumpa dr menal balik..xpala, balik manjung dulu..senang nak makan, nak mandi, nak tdo, ada mama nak tlg tgk.alhamdulillah, demam dah makin baik..pastu mama plak yg nk start demam. mintak2 xteruk. cepat2 baik ye mama.

9. hari ni (16/01/2011) dah kembali ke USM n still demam skit2 lagi.. batuk pon skit2 lagi.. boleh dikatakan baru 3/4 recover. lagi 1/4 cepat la dtg..byk lagi bnda xbuat ni..fyp lagi, kelas lagi..seksa la demam2 ni. kepada smua yang ambil berat kat sy, sume komen2 supaya cepat sembuh kat fb tu..thanks a lot n i really appreaciate it.. luv u all guys!!

Sudah panjang rupanya saya menaip. so, next story?? tunggu!!!

6.12.10

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Setelah sekian lama, ari ni baru terasa nak update blog..biasalah, terasa tersgt la malas.. :D

Ok, gambar yang terbaru..ermm..bila last amik gambar pon dah xigt..masa abg kawin? hmm.. tak2, masa Integrated Design Project presentation?? hmm..dah lama dah tu. xpala, yang paling baru amik pic ari Sabtu lepas masa ikut my friend, Mr.Wandie, Mr.Barut n Mr.Yen gi makan kenduri. oleh disebabkan sy xde simpan pic tu, sy juz 'curik' dari facebook Mr.Wandie. hehe..thanx Mr.Wandie. ini la pic buruk saya :

Photographer : Mr. Barut

Pastu 15 fakta yang menarik tentang sy. hmm..apa ek?? Apa2 je pon boleh kan.

1. Saya sgt takut/geli dgn binatang yang xde kaki. Cth: Ular, ulat, cacing. Sebab tu xsuka biologi sejak sekolah menengah, baca ttg bakteria pon xmampu nk tgk gmbar yg mcm cacing tu.

2. Sangat suka tgk drama korea, tp xberapa berminat dgn kpop atau sebagainya. Saya ada banyak collection drama korea yang saya simpan sampai penuh external hardisk n ada yang di burn dalam cd. Setakat ni saya collect hampir 50 drama korea. Mahu kumpul banyak2 lg.

3. walaupun sangat suka tgk cerita korea, tp saya xkenal pon nama sebenar pelakon2nya sebab xberminat pon nak tahu, just suka tgk cerita n kenal muka pelakon je. teruk x?? haha.

4. Impian saya nak bercuti ke India. Pelik kan?? bukan nak pegi korea ke, jepun ke, paris ke.. hehe. Motif utama nk tgk matahari terbenam kat Taj Mahal. Nak pegi Taj Mahal je pun sbnrnya.

5. Saya belajar gitar selama satu sem di universiti, tp sampai habis kelas pon still x reti main gitar.

6. Ramai yang ckp first impression org terhadap saya ialah saya seorang yg garang dan sombong. ok, lepas ni kena senyum selalu walaupun xde org senyum kat saya.

7. Saya bukak laptop biasanya 24jam sehari, 7hari seminggu sampai laptop pon mcm dah nk meletup. tutup masa nak bawak pegi mana2, bwk balik rumah atau mmg dah lama sgt x tutup.

8. Saya x suka pakai tudung pelbagai warna. suka pakai tudung kaler hitam, putih atau krim. sng nak matching. Sampaikan beli tudung byk2 warna pn juz buat koleksi dalam almari. sbb 3 kaler tu je saya suke pakai, saya ada byk tudung kaler tu je.

9. Angan2 masa kawin nnti nak warna tema light purple sebab suke sgt ngan kaler tu.

10. Di hostel, plain water yg saya minum hanya mineral water. sebab saya rasa air 'water cooler' kat hostel x sedap.

11. Saya ada lesen motor tp saya sgt takut nk bwk motor kat jalan raya.

12. Saya x suka baca novel, lebih2 lagi novel cinta. kalau baca novel cinta, baru baca 2 3 muka surat, dah rasa ngantuk. Saya lebih suka baca novel yang byk fakta dan ganas. penulis novel yang paling saya suka ialah Ramlee Awang Murshed.

13. Saya suka baca komik, komik paling saya suka adalah komik dari jepun, 'Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi'.

14. Ada kawan saya penah ckp yang dia mcm xsangka saya amik kos Civil Engineering sbb selama saya satu sekolah dgn dia, dia igt saya seorang yang lemah lembut dan suka baca novel cinta dan bukannya suka baca komik.

15. perkara yang paling saya x boleh buat n x suka ialah menyanyi..haha

ok, dah siap untuk hari pertama..utk hari seterusnya..tgk la kalo sy rajin menulis atau x..hehe


2.12.10

30 Days of Challenge

Hye alls!!

A few days before, I found this 30 days challenge list for blogging from my friend's blog, Nana and it makes me exciting to try it. But the excitement only last for two days maybe..haha. not because i found it is not interesting but i found it's really hard for me to start (i'm lazy to blog actually). haha.

Then I decided to write about 30 days list in my blog but not to take it as a challenge..and i will make it as a normal post about myself. I know i'm not really into writing my blog everyday. But then I will try my hard to make it 30 days in a row. when to start?? hmm..still need time to think about it.. :P

Ok, then The 30 days list...jeng3..

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents --->really look forward to this day (the fact is i never wrote a letter to my parents, is it? i cannot remember either i really have or not, but if it is a proper letter, i think i'm not.. if something like birthday card or small notes on drawing i think yes. hehe. what kind of letter i will write?? *curious* )
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Your favorite song.

Interesting list rite? Want to know about my 30 days list?? check it out later guys.. :P hehe.

p/s : got stuck with my FYP... Arrggghhh..

27.11.10

fav picture!!

message : sorry for this "poyo' post and thanks for continue reading. ^_^

hye all..do u have any ur own pic that u luv most?? and me, i have lots... :D
this is one of my fav pics. don't know why, i'm juz luv it... :)

pic taken : year 2009 by my bro using NIKON D300

so, what's ur fav pic?? have one or not?? hmm.. u all must have one..!!! :)

p/s : tersangat la bosan holiday di USM bersama FYPku.. mommy..mahu balik rumah..isk2

12.11.10

nama pijat

wahh..sudah satu sem tidak meng'update' blog..tersangat la malas... setelah lama tidak menjenguk blog sendiri, akhirnya, hari ini terasa nk mengupdate..sbbnya??

haa..ni dia..bukak2 baru terbaca satu comment from my sis :

and the post date is on July ok...haha..sori along, malas nk tgk blog sendiri.. :D

punya la lama xbukak blog ni..tersangat la bz ngan design...isk2.

ok, berbalik kepada cerita td, main point dalam comment itu ialah ttg perkataan pijat yang juga merangkap sebagai nickname saya. en.osman ialah supervisor saya semasa buat latihan industri di shah alam dan dia ni berasal dari indonesia.. medan kalo xsalah. masa keje dulu, en.osman ni ada la bagitau, kalau berada di indonesia, jangan sekali-kali menyebut pijat lebih-lebih lagi untuk perempuan sbb dia kata pijat ini bermaksud urutan dan xmanis. saya pon sekadar "Ooo" tanpa berkata apa2. ye la, Malaysia kan, pijat pepijat saya tahu la..kalo sebut urut, urut je la kalo sakit ke..hmm...adakah tidak manis? haa..tgk comment my sis kat atas tu, try bukak link yang dia ckp, serius, pasal urutan. en.osman, now i know what u mean by pijat is not a good name..isk2. mmg ada sungguh.

cerita pasal nama gelaran pijat ni, saya pon xtahu la cm mana dapat nama ni..yg pasti dah dapat gelaran tu sejak form 1..wahh..lama tu. masa sekolah dulu pon ada sorang cikgu maths, Cikgu Norma ckp yang dia xsuka panggil saya pijat sebab pijat ni xde makna n dia lebih suka panggil hafizah..

jadi, lepas ni sila panggil saya hafizah ye..hahaha. nama itu jika disebut hari-hari sebenarnya menjadi doa. :) tp, boleh ke suma org nk tukar habit diorang panggil saya 'hafizah' dan bukan lagi 'pijat'?? hmmm..susah tu.

tiba2 terigt sorang kawan semasa di kmpp yang always call me fizah..miss u zatie.. :)

mode : sekarang sedang menghadapi final xzam. 3 paper dah berlalu, tinggal 1 paper je la.. sem depan adalah final sem.harap2 semunya berjalan lancar n bleh konvo..yeahhhh.

5.4.10

due assignment traffic dr.joe, dr.leong+due timber design+site visit traffic+viva lab+test lab+lab report+test komputer+due asgmnt image processing dr.shahid+viva steel n timber+viva geotek = minggu ni


oh hidup...huhu

28.3.10

at last....


at last...my placement for Industrial Training has been decided.. the result is... Bluescope Lysaght (Malaysia) Sdn. Bhd. here i come Shah Alam..hehe..


Motif sampingan : Bleh main ngan Elena..sukenye*hati berbunga2*..hehe..

9.3.10

walking along the way to be an engineer.....*sigh*

rasa xsabar nk habiskan sem ni..setakat ni dah 2 projek ak hantar, steel design ngan geotechnical design(slope analysis). lega rasanya. skrang start plak ngan timber design pastu akan ada plak dapat tajuk baru dalam mggu ni utk projek geotechnical design yang kedua..xtermasuk lagi ngan assignment hydrology, assingment visul basic ngan matlab..huhu.. jadual deraf untuk final pon dah kuar..hmm..byknya bnda nk buat untuk habiskan sem ni..

hmm..best ke jd engineer sbnrnya??

*aku ingin bersuka ria*

19.2.10

A memory is something to remember

cuti oh cuti...

ari ni dh ari khamis?? cuti dah nk abis?? isk2.. assignment xsiap lg..huhu..

more things to do :
assignment :-hydrology, matlab, visual basic
study utk test : traffic enggineering
steel design
geotechnical design

cuti oh cuti..datang la lagi..huhu



16.2.10

hari pertunangan...

oppss..bukan ak yang bertunang k..tp abang ak..akhirnya abangku bertunang..aku?? bila plak?? haha..biarla rahsia.... kui3.

bebelan : masalahnya, calon dah ada ke??..hik3

ni few pics yang di capture oleh adikku...

tarikh pertunangan: 14 Februari 2010..
tempat : kuantan..
yang bertunang : abangku n kak ain


my mom n k.ain

k.ain in pink..


angah n k.ain...amboi2..hehe


ak yang menjadi jurufoto..


besh!! hehe..

p/s : selamat bertunang angah!!

12.2.10

takdir yang telah ditentukan....

ari ni ramai student ipta yg sudah mula pulang bercuti. ak pon balik ari ni gak, alhamdulillah, selamat sampai ptg td. semalam berlaku satu tragedi yang aku xsangka berlaku. pagi semalam, semasa kelas steel design dgn dr.razip, tiba2 dr.razip dapat panggilan yang mengatakan student master bimbingan beliau exciden. katanya student itu bernama fadilah.. kami plak, budak2 pompuan yang tgh "kusyuk" dgr lecture tu terus saling berpandangan..kak falah.. dalam hati ak, ak berdoa agar dia selamat dalam kemalangan tu. kami pon x tahu berita yg lebih lanjut, teruk ke accident tu, langgar ngan apa, kat mana..then, kelas tu habis awal sbb dr.razip perlu ke tmpt kejadian. after tu kami dapat berita yang k.falah dah kembali kepada penciptaNya. mmg ak xtahu nk ckp apa yg ak rasa masa tu..rasa sgt terkejut n ak rasa mcm baru je kak.falah berdiri kat depan ak. lepas tu, kami pon mulakan kelas seterusnya iaitu kelas traffic engineering plak ngan dr.jowono. dr pon berckp pasal safety kat jalan raya n ada juga menyebut ttg kemalangan yg menimpa kak falah. rupanya kemalangan tu berlaku betul2 di hadapan pintu masuk utama ke kampus kejuruteraan... masa kuliah tu, mmg sume xduduk sng, last2 kami mintak kebenaran kat dr.jowono untuk pegi melihat arwah kat hospital parit buntar. thanx to dr sbb bagi kebenaran tu. kami pon ramai2 pegi ke unit forensik hospital parit buntar. masa tu post-mortem sdg dijalankan, so kami xleh nk tgk jenazah.. selepas post-mortem dijalankan, jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital dan dibawa ke Pusat Islam USM untuk disembahyangkan. lepas selesai disembahyangkan selepas zuhur, jenazah di bawa pulang ke kampung halamannya di selama, perak. dua buah bas USM disediakan untuk mengiringi jenazah. ak xterkecuali juga turut mengiringi arwah. sampai di rumah arwah, perasaan sebak makin terasa. ak tgk ibunya yang sabar dan redha atas pemergiaannya. kat rumah tu la, sume kawan2 dan saudara terdekat melihat arwah buat kali terakhir. mmg ak xnafikan, semasa hidup, arwah seorang yang sugguh ceria, sentiasa membantu dan baik dengan sesiapa sahaja. ak masih igt kali terakhir ak bertemu dgn arwah adalah 2 hari sebelum kejadian. masa tu arwah mintak ak tlg carikan aktiviti dari Rakan Muda untuk dia sertai pada hujung miggu. katanya untuk isi masa lapang. mmg sebelum ni arwah pnh sertai aktiviti rakan muda yang ak sebar2kan. die dan rakan-rakannya la yang selalo memenuhkan tempat kosong. selepas itu jenazah di semayangkan sekali lagi di kampung halamannya dan jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan selepas asar. alhamdulillah, segala proses dan prosedur yang perlu dilakukan dapat dijalankan tanpa halangan. semoga roh arwah di tempatkan dgn org2 yang beriman. Al-Fatihah.. segala kisah dan perkenalan ak ngan arwah selama 3 tahun xkan ak lupakan.. allahyarhamah FADILAH ABDUL HALIM ~dalam kenangan...

keratan akhbar berita kemalangan yang berlaku -click-

cerita ttg ari ini....

blm habis kesedihan dan sebak ttg kejadian yang berlaku, ari ni berlaku pulak perkara yang mendebarkan hati ak. ari ni, ak naik bas dari parit buntar ke kuala lumpur pada jam 12.20. ak naik ngan kawan satu kos ak, farah dura. lebih kurang pukul 4 lebih, di lebuhraya sungai buloh, tb2 bas yang ak naik tu langgar satu kete saga. sblm bas kami naik tu berlanggar dgn kete tu, ak saksikan sendiri kemalangan antara kete proton saga tu ngan satu kete proton satria. ak xtau salah sape, sape yang laggar sape. tp yg ak tgk masa tu, dua2 kete tu dah berlanggar n berpusing2. kete proton satria berpusing melawan arus manakala kete proton saga berpusing dan bergerak ke arah lane yang bas kami lalui. syukur alhamdulillah, pemandu bas tu nampk kejadian yang berlaku dan cepat memperlahankan bas untuk berhenti tp kerete saga yang sekelip mata menghala ke arah lane bas kami menyebabkan bas terlanggar kereta tu. nasib baik la bas yang ak naiki tu xlaju. sblm bas tu berlanggar, masa ak tgk kemalangan antar dua buah kete tu, mmg ak dah jangkakan yang bas yg ak naik tu akan langgar kete tu. masa tu hanya perkatan Ya Allah terkeluar dari mulut ak..mengucap panjang ak masa bas tu berlanggar dan dalam hati ak mmg berdoa supaya xde kejadian buruk yang berlaku. alhamdulillah, bas dapt berenti dgn selamat dan stabil, xde pape kecederaan yang berlaku. pemandu kereta saga dan satria juga selamat. masa kejadian tu berlaku, hanya Allah saja yang tahu mcm mana perasaan ak, dah la baru je semalam kemalangan yang mengerikan menimpa arwah k.falah, tb2 ari ni perkara ni pulak yang berlaku. mmg ak bersyukur sgt2 sumenye selamat. bagi ak, inilah takdir yang telah ditentukan. kata farah dura, kalo ajal dah tiba, xkira kita sihat atau sakit, kita ttp akan pergi menghadapNya. kemalangan atau apa sahaja hanya alasan untuk kita bertemu pencipta kita iaitu ALLAH.


kereta proton saga yang berlanggar dgn bas.


selepas di langgar bas di lane paling luar, kereta proton saga itu terbabas ke tgh jalan semula.


proton satria

p/s : berhati2 di jalan raya. nikmat kehidupan di dunia hanya sementara. akhirnya kita akan kembali kpd pencipta kita. dari mana kita dihidupkan, disitulah kita akan dikembalikan.

27.1.10

benda pelik..

pagi td ak ada test subjek hydrology. so, semalam study la..tgh2 study, conteng2 pen kat nota n after awhile something happened.. nak tau x ape..??

bnda pelik..n 1st time jd kat ak..haha..nak ckp cmna ek..hmm..ball yg ada kat depan ballpen tu tercabut...ni gambarnye..



percaya x benda ni blh berlaku?? haha..so, buang je la pen tu..no wonder la, i bought that pen 3 years ago when i'm still ni matriculation program. haha..and it is PILOT..sbnrnya, xsuka sgt pen tu, so mmg dah lama xguna, nak buang still blh guna..simpan lama2, akhirnya dibuang jgk..haha.. bye bye my pen :P

moral value : beli pen jgn simpan lama2, pakai sampai dah xleh guna n then buang..jangan semakkan pencil case..*peace*

26.1.10

For someone i really appreciate

simple post for someone i really appreciate...

happy bufday to you...
happy bufday to you....
happy bufday to HUSNA...
happy bufday to you...

happy bufday husna..i hope this year will be better than before. thanx for being my bestfriend since the last 10 years until now..i hope our friendship will stay forever...love u babe!! *wink*

p/s : sori husna..ak bz..kdg2 lama xcontact ko...but, nothing changed in our friendship..u will always be my bestfriend..forever..miss u a lot.. :)


She's someone that like me as me
Someone to laugh with
Someone to cry with
Someone to be just beside with
A friend that's who I need

She's someone that,
To fight with
Make up with
To walk hand in hand with
To argue to talk with
A friend that's who I need

She's someone that,
When I make mistakes
And never do anything right
She gives me a smile, a hug
And everything will be alright

She's someone that,
who'll share all
my dreams and ambitions
Someone who'll love me as me
Someone that i really appreciate....

She's someone with a beautiful name, HEFADATUL HUSNA ZAKARIA

25.1.10

it's been a long time since my last post. not really busy but i'm became LAZY lately. As a reward for my laziness, now, i became busiest..isk2.. here they come now..

  • Computation and Problem Solving in Civil Engineering (Mini Project 1)- Due : 08.02.10
  • Assignment Hydrology - Due : 12.02.10
  • Geotechnical Design Project - Due : 3.03.10
  • Steel Design Project - Due : March
  • Timber Design Project - Due : April
  • test, lab report, tutorial, quiz, viva..n +++
isk2..

design...design...n design..

thought, i don't have enough sleep again this sem....hmmm..maybe worst..

what can i do...simple thing to say "keep up ur spirit girl!!!" **yeah**

**my favorite pic capture during Civil's Family Day this sem**



me with soleha (^_^)

Yana, Me n Soleha


Yana, Din, Soleha, Me

hope we can be friends like this forever =)

12.1.10

gembira ganda dua

semalam dgn gumbiranya..saya dh jd makcik..haha..excited la sgt, sampai sume kekawan ak bagitau..haha.. sori girls, overexcited plak..1st time dapat anak sedara yg tersgt la comeyl...nama die Zahra Elena.. welcome to da family baby..xsabar nk main ngan bdk comel..haha..

Zahra Elena~~

then, malamnya ak kuar gi jalan2 ngan bf pinjam..haha..sori barut, ajak ko kuar n terpaksa tmn ak..cdgnya nk gi jusco perda, last2 dah alang2 kuar n lama x hang out sama2 kan..kami pon termasuk la ke dalam pulau..pe lagi, kol bear tanya diorang kat induk free ke x, last2 bear ngan aida pon ikut la kami..lepak sama2 gi queensbay walaupun time tu dah kul 9.30 malam..kedai pon nk ttp dah..haha. pastu sempat gak ak beli satu bnda yg ak rasa smart..haha.. cntik woo..ni la bndanya..jeng jeng jeng...

cntik kan...hee~~

tapi, warna putih lagi cntik..sygnya xde size tok ak yg berkaki comel ni kan..isk2..pastu qeensbay pon nk ttp dah..perut barut yg tgh lapar dah merungut2..haha.. dengan baik hatinya barut blanja kami sume mkn Old Town..*sukenye* thanx barut blanja kami.

thanx tu bear n aida sbb lepak skali..gosip byk kita semalam kan..msti meja kat blkg kita tu naik bengang dgr kita gelak sakan..dah la ckp kuat gak..haha..thanx to barut sbb drive pnt2 walaupon pagi ni kelas die kul 8 pgi..hehe. pape pon, thanx to all..sayang korang.. reunion 22-24 biar jd k..to bebudak maresma pidorama..trun rmai2. *peace*

6.1.10

ak sedang merepek

bosan......

xtau nk buat apa, padahal byk bnda kene buat......

nk tgk movie pon dh x larat........

men game pon dah x larat......

nk stadi pon xtau nk stadi pe..kuliah baru je start...........

kesimpulannya.....

ak nk buat APA?????.....

23.12.09

Belajar di USM susah ke??

smlm ak baru dpt result sem lepas..cm biase la..masa xzam rasa cm leh jwb..tp result, isk3..menyedihkan.. igtkan dpt la jgk cam sem sblm ni at least 3.0 ke atas kan..hmm..nk buat camne..xde rezeki..ak tanya kawan2 ak yg lain pon byk yg jatuh..pada sapa2 yg still maintain 3 congrats ye.. mmg bagi ak subjek sem lepas agak ssh dan mencabar..

hmm..ssh ke belajar kat usm?? ke sebab ak yg x belajar?? dah belajar dah..tp np result x atas 3 gk?? ish3..penin2 ak dok pk.. xcukup belajar la agaknya..

xtau la nk kata sapa dok usm ni blaja ssah ke x.. tp ni ada satu cita.. sem lepas ak amik subjek reinforcement concrete design 1 atau kami dok panggil RC design 1..dalam subjek satu sem tu, ak blaja tok design beam, slab, column, staircase n foundation utk structure bangunan. byk tu..lebih2 lagi column yg ssh tu..isk2.. pastu kami nye projek selama satu sem adalah design bangunan 4 tingkat sampai pengsan..tp xpengsan pon.. tp mmg parah gak la nk siapkan walaupon dalam group 5 org.. ak bertanya2 jugak la kawan2 ak yg dok kat u lain yang amik civil engineering ni..camne diorang blaja kan..sbb ak rasa sem lepas agak stress ngan design, xcukup masa bagi ak..tp ok je blaja..hehe. dan..yg paling mengejutkan ialah ada sebuah ipta ni, dalam subjek RC design selama satu sem, diorang hanya blaja utk design beam n slab..benda yang ak rasa plg senang dalam subjek tu..huhu. mmg ak xnafikan, kemungkinan mereka belaja lebih mendalam, lebih byk latihan.. tp..bile difikirkan kembali, bile diorang nk blaja yg selebihnya tu..nnti still ada RC design 2, timber n steel design n byk lg..hmm..maybe kurikulum diorang berbeza.. haa..benda yang ak nk highlight kat cni, subjek RC design ak blaja 5 main topic+design bangunan, tp ipta lain blaja 2 topic depan je utk satu sem.. *sigh* ptt la ak rasa kene kejar masa bile belajar kat usm..

so, betul ke belajar kat USM susah??? atau juz perasaan kita sendiri..

kata2 ak yang dulu : belajar kat mana n kos mana pon sume ada kesusahan sendiri...
kata2 ak sekarang : waa.. sshnya belajar kat USM...*emo*

pape pon..USM mmg bez..haha..

13.11.09

yeay!! balik..

at last, my final paper finished..fuh..really2 feel better n my activities for now and onwards are watching movies/drama, watching again, again n again. haha. hmm..nothing to do i guess..
waa..so bored..

recent activity at hostel before going home this sunday : download movie from sharer..thanx sharer. haha..like it :P

my mode now : rasa nk makan Big Apple..huhu