19.2.10

A memory is something to remember

cuti oh cuti...

ari ni dh ari khamis?? cuti dah nk abis?? isk2.. assignment xsiap lg..huhu..

more things to do :
assignment :-hydrology, matlab, visual basic
study utk test : traffic enggineering
steel design
geotechnical design

cuti oh cuti..datang la lagi..huhu



16.2.10

hari pertunangan...

oppss..bukan ak yang bertunang k..tp abang ak..akhirnya abangku bertunang..aku?? bila plak?? haha..biarla rahsia.... kui3.

bebelan : masalahnya, calon dah ada ke??..hik3

ni few pics yang di capture oleh adikku...

tarikh pertunangan: 14 Februari 2010..
tempat : kuantan..
yang bertunang : abangku n kak ain


my mom n k.ain

k.ain in pink..


angah n k.ain...amboi2..hehe


ak yang menjadi jurufoto..


besh!! hehe..

p/s : selamat bertunang angah!!

12.2.10

takdir yang telah ditentukan....

ari ni ramai student ipta yg sudah mula pulang bercuti. ak pon balik ari ni gak, alhamdulillah, selamat sampai ptg td. semalam berlaku satu tragedi yang aku xsangka berlaku. pagi semalam, semasa kelas steel design dgn dr.razip, tiba2 dr.razip dapat panggilan yang mengatakan student master bimbingan beliau exciden. katanya student itu bernama fadilah.. kami plak, budak2 pompuan yang tgh "kusyuk" dgr lecture tu terus saling berpandangan..kak falah.. dalam hati ak, ak berdoa agar dia selamat dalam kemalangan tu. kami pon x tahu berita yg lebih lanjut, teruk ke accident tu, langgar ngan apa, kat mana..then, kelas tu habis awal sbb dr.razip perlu ke tmpt kejadian. after tu kami dapat berita yang k.falah dah kembali kepada penciptaNya. mmg ak xtahu nk ckp apa yg ak rasa masa tu..rasa sgt terkejut n ak rasa mcm baru je kak.falah berdiri kat depan ak. lepas tu, kami pon mulakan kelas seterusnya iaitu kelas traffic engineering plak ngan dr.jowono. dr pon berckp pasal safety kat jalan raya n ada juga menyebut ttg kemalangan yg menimpa kak falah. rupanya kemalangan tu berlaku betul2 di hadapan pintu masuk utama ke kampus kejuruteraan... masa kuliah tu, mmg sume xduduk sng, last2 kami mintak kebenaran kat dr.jowono untuk pegi melihat arwah kat hospital parit buntar. thanx to dr sbb bagi kebenaran tu. kami pon ramai2 pegi ke unit forensik hospital parit buntar. masa tu post-mortem sdg dijalankan, so kami xleh nk tgk jenazah.. selepas post-mortem dijalankan, jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital dan dibawa ke Pusat Islam USM untuk disembahyangkan. lepas selesai disembahyangkan selepas zuhur, jenazah di bawa pulang ke kampung halamannya di selama, perak. dua buah bas USM disediakan untuk mengiringi jenazah. ak xterkecuali juga turut mengiringi arwah. sampai di rumah arwah, perasaan sebak makin terasa. ak tgk ibunya yang sabar dan redha atas pemergiaannya. kat rumah tu la, sume kawan2 dan saudara terdekat melihat arwah buat kali terakhir. mmg ak xnafikan, semasa hidup, arwah seorang yang sugguh ceria, sentiasa membantu dan baik dengan sesiapa sahaja. ak masih igt kali terakhir ak bertemu dgn arwah adalah 2 hari sebelum kejadian. masa tu arwah mintak ak tlg carikan aktiviti dari Rakan Muda untuk dia sertai pada hujung miggu. katanya untuk isi masa lapang. mmg sebelum ni arwah pnh sertai aktiviti rakan muda yang ak sebar2kan. die dan rakan-rakannya la yang selalo memenuhkan tempat kosong. selepas itu jenazah di semayangkan sekali lagi di kampung halamannya dan jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan selepas asar. alhamdulillah, segala proses dan prosedur yang perlu dilakukan dapat dijalankan tanpa halangan. semoga roh arwah di tempatkan dgn org2 yang beriman. Al-Fatihah.. segala kisah dan perkenalan ak ngan arwah selama 3 tahun xkan ak lupakan.. allahyarhamah FADILAH ABDUL HALIM ~dalam kenangan...

keratan akhbar berita kemalangan yang berlaku -click-

cerita ttg ari ini....

blm habis kesedihan dan sebak ttg kejadian yang berlaku, ari ni berlaku pulak perkara yang mendebarkan hati ak. ari ni, ak naik bas dari parit buntar ke kuala lumpur pada jam 12.20. ak naik ngan kawan satu kos ak, farah dura. lebih kurang pukul 4 lebih, di lebuhraya sungai buloh, tb2 bas yang ak naik tu langgar satu kete saga. sblm bas kami naik tu berlanggar dgn kete tu, ak saksikan sendiri kemalangan antara kete proton saga tu ngan satu kete proton satria. ak xtau salah sape, sape yang laggar sape. tp yg ak tgk masa tu, dua2 kete tu dah berlanggar n berpusing2. kete proton satria berpusing melawan arus manakala kete proton saga berpusing dan bergerak ke arah lane yang bas kami lalui. syukur alhamdulillah, pemandu bas tu nampk kejadian yang berlaku dan cepat memperlahankan bas untuk berhenti tp kerete saga yang sekelip mata menghala ke arah lane bas kami menyebabkan bas terlanggar kereta tu. nasib baik la bas yang ak naiki tu xlaju. sblm bas tu berlanggar, masa ak tgk kemalangan antar dua buah kete tu, mmg ak dah jangkakan yang bas yg ak naik tu akan langgar kete tu. masa tu hanya perkatan Ya Allah terkeluar dari mulut ak..mengucap panjang ak masa bas tu berlanggar dan dalam hati ak mmg berdoa supaya xde kejadian buruk yang berlaku. alhamdulillah, bas dapt berenti dgn selamat dan stabil, xde pape kecederaan yang berlaku. pemandu kereta saga dan satria juga selamat. masa kejadian tu berlaku, hanya Allah saja yang tahu mcm mana perasaan ak, dah la baru je semalam kemalangan yang mengerikan menimpa arwah k.falah, tb2 ari ni perkara ni pulak yang berlaku. mmg ak bersyukur sgt2 sumenye selamat. bagi ak, inilah takdir yang telah ditentukan. kata farah dura, kalo ajal dah tiba, xkira kita sihat atau sakit, kita ttp akan pergi menghadapNya. kemalangan atau apa sahaja hanya alasan untuk kita bertemu pencipta kita iaitu ALLAH.


kereta proton saga yang berlanggar dgn bas.


selepas di langgar bas di lane paling luar, kereta proton saga itu terbabas ke tgh jalan semula.


proton satria

p/s : berhati2 di jalan raya. nikmat kehidupan di dunia hanya sementara. akhirnya kita akan kembali kpd pencipta kita. dari mana kita dihidupkan, disitulah kita akan dikembalikan.

8.2.10

hujung minggu...

hari yang memenatkan untuk minggu ni tp best gile...smlm baru je balik dari program mahasiswa lestari kat sek.men.teknik ipoh. jd faci kat sana..mmg penat la sepanjang 3 ari kat sana..tapi demi mencurahkan jasa (cewahh) sume faci rela berkorban..haha. so, sepanjang 3 ari kat sana mmg byk aktiviti yg kitorang buat. thanx kpd sume rakan sepejuanganku, faci2 sekalian, mmg best la program kali ni. dpt plak adik2 tuti yg mmg sporting walaupun masa mula2 diorang ssh nk dgr ckp, memeningkan kepala dan menyakitkan tekak ketua faci kami asyik membebel kan..haha.. harap2 apa yg kami berikan dapat dimanfaatkan.. program tahun ni mmg gempak la..faci2 pon mmg hebat.. persatuan awam, tahun depan buat biar lagi gempak..all da best..

faci2 lelaki

faci2 perempuan

kami semua

bersama adik2 tuti kami (partner ak -faiz)

aku ngan soleha

hari jumaat yg lepas plak bufday din..after last preparation tok pegi program tu, kami buat surprise kat dia..beli kek je, xsempat nk gi celebrate kat luar..din, hepi bufday, semoga panjang umo n berjaya dalam hidup..hidup YDP awam!!..haha.din bersama kek patrick


kami berempat ( sol, din, yan, aku)

bebelan : waa..byk plak asgmnt kene siapkan..isk2..