6.12.10

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Setelah sekian lama, ari ni baru terasa nak update blog..biasalah, terasa tersgt la malas.. :D

Ok, gambar yang terbaru..ermm..bila last amik gambar pon dah xigt..masa abg kawin? hmm.. tak2, masa Integrated Design Project presentation?? hmm..dah lama dah tu. xpala, yang paling baru amik pic ari Sabtu lepas masa ikut my friend, Mr.Wandie, Mr.Barut n Mr.Yen gi makan kenduri. oleh disebabkan sy xde simpan pic tu, sy juz 'curik' dari facebook Mr.Wandie. hehe..thanx Mr.Wandie. ini la pic buruk saya :

Photographer : Mr. Barut

Pastu 15 fakta yang menarik tentang sy. hmm..apa ek?? Apa2 je pon boleh kan.

1. Saya sgt takut/geli dgn binatang yang xde kaki. Cth: Ular, ulat, cacing. Sebab tu xsuka biologi sejak sekolah menengah, baca ttg bakteria pon xmampu nk tgk gmbar yg mcm cacing tu.

2. Sangat suka tgk drama korea, tp xberapa berminat dgn kpop atau sebagainya. Saya ada banyak collection drama korea yang saya simpan sampai penuh external hardisk n ada yang di burn dalam cd. Setakat ni saya collect hampir 50 drama korea. Mahu kumpul banyak2 lg.

3. walaupun sangat suka tgk cerita korea, tp saya xkenal pon nama sebenar pelakon2nya sebab xberminat pon nak tahu, just suka tgk cerita n kenal muka pelakon je. teruk x?? haha.

4. Impian saya nak bercuti ke India. Pelik kan?? bukan nak pegi korea ke, jepun ke, paris ke.. hehe. Motif utama nk tgk matahari terbenam kat Taj Mahal. Nak pegi Taj Mahal je pun sbnrnya.

5. Saya belajar gitar selama satu sem di universiti, tp sampai habis kelas pon still x reti main gitar.

6. Ramai yang ckp first impression org terhadap saya ialah saya seorang yg garang dan sombong. ok, lepas ni kena senyum selalu walaupun xde org senyum kat saya.

7. Saya bukak laptop biasanya 24jam sehari, 7hari seminggu sampai laptop pon mcm dah nk meletup. tutup masa nak bawak pegi mana2, bwk balik rumah atau mmg dah lama sgt x tutup.

8. Saya x suka pakai tudung pelbagai warna. suka pakai tudung kaler hitam, putih atau krim. sng nak matching. Sampaikan beli tudung byk2 warna pn juz buat koleksi dalam almari. sbb 3 kaler tu je saya suke pakai, saya ada byk tudung kaler tu je.

9. Angan2 masa kawin nnti nak warna tema light purple sebab suke sgt ngan kaler tu.

10. Di hostel, plain water yg saya minum hanya mineral water. sebab saya rasa air 'water cooler' kat hostel x sedap.

11. Saya ada lesen motor tp saya sgt takut nk bwk motor kat jalan raya.

12. Saya x suka baca novel, lebih2 lagi novel cinta. kalau baca novel cinta, baru baca 2 3 muka surat, dah rasa ngantuk. Saya lebih suka baca novel yang byk fakta dan ganas. penulis novel yang paling saya suka ialah Ramlee Awang Murshed.

13. Saya suka baca komik, komik paling saya suka adalah komik dari jepun, 'Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi'.

14. Ada kawan saya penah ckp yang dia mcm xsangka saya amik kos Civil Engineering sbb selama saya satu sekolah dgn dia, dia igt saya seorang yang lemah lembut dan suka baca novel cinta dan bukannya suka baca komik.

15. perkara yang paling saya x boleh buat n x suka ialah menyanyi..haha

ok, dah siap untuk hari pertama..utk hari seterusnya..tgk la kalo sy rajin menulis atau x..hehe


2 comments:

  1. cik pijat, kami ada kontes utuk cik pijat join,n cik pijat dah di taq, selamat men'join', sekian, terima kasih :D

    ReplyDelete
  2. pijat ... saya dah tukar blog baru http://ipai-ans.blogspot.com/

    ReplyDelete